DISEMBER 2023

Jalan Kampung Medong Seberang/Kampung Kekan Seberang Dibina


DALAT: Penantian warga Dalat khususnya penduduk Kampung Medong Seberang/ Kampung Kekan Seberang mempunyai jalan lengkap ditunaikan oleh Kerajaan Sarawak.  

Berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Majlis Penutupan Pesta Besaug Dalat 2023 dan Perasmian Dalat Waterfront Fasa Satu di Tebingan Sungai Dalat hari ini.

Katanya, tender projek tersebut akan dikeluarkan pada awal Januari 2024 dengan kos bernilai RM90.5 juta.

Dalam perkembangan lain, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu berkata, projek pembinaan jalan Kampung Kekan Seberang/ Kut Muara/ Sungai Pinang/ Bungan Besar/ Rassau masih di peringkat rekabentuk.

Projek itu katanya, diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) apabila ia siap kelak akan memendekkan tempoh perjalanan dari Dalat ke Sibu kepada satu jam sahaja.

Mengenai projek Tebingan Sungai Dalat Fasa Ketiga, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.964 juta untuk melaksanakannya.

“Projek ini masih dalam fasa reka bentuk dan kita berharap dapat memulakan tender pembinaan pada suku pertama 2024,” katanya.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah dan ADUN Tellian, Royston Valentine.

Sumber dari : Jiwa Bakti